Adbox
ads
ads

Contact Form

Name

Email *

Message *

iklan di sini

20 January 2019

Ahli Pikir Yang Sekuler


Banyak orang kagum dengan profesor di sana, profesor di sini, dia ahli fikir katanya
Ramai Ph.D di setiap negara, tokoh-tokoh bangsa, mereka pemikir bangsa di negaranya
Dia itu pemikir bertaraf antarabangsa, disegani dan dihormati, banyak buku yang dihasilnya
Pada saya mereka bukan ahli fikir atau pemikir di zamannya
Mereka yang sebenarnya pemikir yang bukan ahli fikir
Pemikir dengan ahli fikir tidak sama, jauh bezanya
Pemikir berfikir apa yang dia hendak sahaja atau bermusim di waktu perlu semata-mata
Ahli fikir dia adalah peka, memikirkan apa sahaja yang terjumpa
Pemikir di waktu hendak membuat tesis atau kertas kerja, kerana hendak lulus periksa atau diminta
Ahli fikir aktif berfikir, dia sensitif dengan apa yang dia jumpa dan rasa
Ahli fikir jika melihat satu perkara, fikirannya menjelajah ke akar umbinya, berfikir ke asal-usulnya
Melihat gunung, laut, pemandangan yang indah, fikirannya berjalan hingga terasa kebesaran Tuhannya
Apa yang dia makan, minum, pakai, naik kenderaan, fikirannya bermusafir hingga terkenang ramai orang yang menjayakannya
Dia terasa banyak orang yang telah berbudi dan berjasa kepadanya
Mereka entahkan miskin, papa, sakit, lantas mendoakannya hidayah dan keselamatan
Begitulah ahli fikir otaknya sentiasa berjalan, bermusafir, menjelajah, apa yang dilihatnya
Sekarang yang ramai pemikir bukan ahli fikir
Kerana itulah cerdik pandai ramai yang tidak ada timbang rasa
Ramai di kalangan mereka tidak ada peri kemanusiaan terhadap manusia
Pemikir hanya syok-syok sendiri dengan kejayaannya, bukan berkhidmat kepada manusia, lebih-lebih lagi bukan membesarkan Tuhannya
Bahkan ramai pemikir hidup nafsi-nafsi kawan pun tidak ada
Masyarakat pun mereka tidak kenal, hanya mereka kenal teori, sijil yang dia suka
Pemikir macam ini bukan hendak menyelesaikan masalah dunia, tapi teori yang tidak boleh diguna

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

No comments:

Post a Comment

Pesan

Note: only a member of this blog may post a comment.

iklan di sini
iklan di sini